Sunday, December 25, 2011

BerSMS dgn Si Dia


hye ols... wah pagi tadi Ieyda punya la fed up sebab nak kenduri... tngok-tngok malam nie 'Si Dia' antar msj... takyah tulis la noh apa yang kami sembang-sembang... Serius Ieyda tak taw perasan Ieyda nie... dlu Ieyda pernah suka kat dia tapi bila dapat ta banyak pompuan suka kat dia n dia dah da kapel Ieyda nak padamkan perasaan nie... tapi bila boleh padam n kian pudar tetiba ja Ieyda dapat taw 'Si Dia' break off ngan gf dia... So Ieyda nie kan jenis yang suka bersimpati... Walau apa pown Ieyda yang lebih kenal ngan dia selepas ibu n bapa dia sebab Ieyda penah duduk dngan dia nak dekat setaun gak la... bukan kat rumah lah... tapi dalam kelas.. masa tu Ieyda baru form 2...

Now Ieyda nak tukarkan perasaan tu kepada perasaan seorang kawan kepada kawan baik...tak nak lebih-lebih... kalu ada jodoh kawin kalu tak dak jodoh kawan... kan senang....
Ieyda tak nak mengharap sebab Ieyda akan kecewa.... Ieyda nie stai suka tengok orang yang Ieyda sayang bahagia...Ieyda tak bahagia tak pa.... Nie pown Ieyda baru lepas msj ngan dia.. kami stop pown pasal dia dah mngantuk sngat-sngat... mesty korang ingat dia poyo n whatever... sebenarnya dia nie budak baik... sembahyang 5 waktu cukup,dengar cakap mak ngan ayah dia, kalu masa balik skolah dia akan tewus balik umah kcuali kalu ada something like jamuan ke....

dah la lagi banyak Ieyda tulis lagi bnyak rahsia Ieyda korang taw....

✿ Haep Thanks coz sudi singgah sini and baca entry Ieyda ✿

Saturday, December 24, 2011

Kenduri


hye ols... Ieyda dah nek fed up sngt dah ngan kenduri nie... dah la ada sorang mak cik nie suka mnyibuk n mnyusahkan orang...

Ieyda tak taw nak cakap pa sebenarnya nie....

menci,menci,menci

✿ Haep Thanks coz sudi singgah sini and baca entry Ieyda ✿

Friday, December 23, 2011

Present..


Hye ols... harinie Ieyda nak cerita pasal hadiah... mesti korang pelikkan knapa msti hadiah??
nie pasal hadiah sbb dapat keputusan cemerlang dalam PMR.. Ieyda tak taw nak dapat apa daripada mak ngan ayah Ieyda.. kak Ieyda pown nak bagi hadiah tapi dia tnya Ieyda nak apa.. kalau aku tak de aty perut sah Ieyda dah mintak iPhone 4s ja... tapi Ieyda pikir gak... so Ieyda angkatt bahu ja... tapi kawan Ieyda lak dia mintak telefon baru kat abah dia tengok-tengok abah dia beli Samsung Galaksy kat dia... kadang-kadang Ieyda jeles gak ngan dia... walaupown abah dia garang tapi abah dia bagi apa yang dia nak... tapi Ieyda?? Diaorang semua pakat-pakat sibuk ngan kenduri abg Ieyda... Argh...kenduri!!kenduri!!kenduri!! Ieyda dah nek fed up dh ngan kenduri... sebab??
first sebab nak kenduri Ieyda tak leh g melancong
second sebab kenduri cadangan Ieyda satu pown mak Ieyda tak terima(alasan bodoh)
third sebab nak kenduri Ieyda tak dapat apa untuk kejayaan Ieyda dalam PMR walaupown Ieyda masuk list dalam senarai nama pelajar cemerlang...
dah la Ieyda malas nak taip dah...

p/s: semalam nangis sampai bengkak mata..dalam bilik je la..

✿ Haep Thanks coz sudi singgah sini and baca entry Ieyda ✿

Thursday, December 22, 2011

RESULT PMR!!!!



Alhamdulillah Ya Allah... hanya Tuhan ja yang taw perasaan Ieyda masa pengetua sebut nama Ieyda tadi.... Sebab Ieyda taknak hampakan harapan mak ngan ayah Ieyda... sebaik nama Ieyda diumumkan air mata Ieyda keluar terus.... Orang yang dapat 8A pown nangis ckit ja...

Korang nak tawu ka result Ieyda berapa?? Betoi nie nak taw?? Tak nyesal??
okk.... result Ieyda ckit ja... just 5A 3B 1C ja... Tapi still termasuk dalam senarai pelajar cemerlang... budak dapat 8A ada 3 orang ja...

Love U ols.... :)

tak taw nak tulis pa dah.. coz terlebih excited... Tambah-tambah Bahasa Enggeris.. Ieyda tak sangka yang Ieyda boleh dapat B... sebab selama nie Ieyda selalu dapat D ja.... Nak taw ka mata pelajaran pa yang A 2??
keh3...okk Ieyda gtaw la.. sabar la.... nk taw ke tak?? kalu nak sabar erk...
matapelajaran yang dapat A ialah BAHASA MELAYU , MATEMATIK , SAINS , GEOGRAFI , kEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU(EKONOMI RUMAH TANGGA)...

dah puas aty?? Ieyda tak sepandai korang tapi boleh la cukup-cukup makan.. tu pown Ieyda dah bersyukur sangat-sangat.... sebab Ieyda la orang first dalam keluarga nie dapat A lebih daripada 2 taw... ceh bangga....

kbye....
MUAHH!!

✿ Haep Thanks coz sudi singgah sini and baca entry Ieyda ✿

Tuesday, December 20, 2011

RESULT PMR!!



Hye ols... hari nie Ieyda 'agak' sehat la... sebenarnya Ieyda update kat blog nie sebab Ieyda 'agak' takowt sebab only 2 days Result PMR nak kluar... Aduh... Capek deh.... macam mna erk?? mula-mula memang takowt gak sampai demam-demam tapi bila pkir-pkir balik nak takowt apa... lain la kalau boleh amek sekali lagi PMR tu kan3??

And bila Ieyda ingat yang mak Ieyda tak bagi tukar sekolah nk buat apa dapat result elok-elok... kalu dapat elok pown still tak boleh pindah buat pa.. Mak Ieyda kata kalu dapat elok boleh pi sekolah sains ja... kalu kurang elok dok ja kat sekolah tu... orang lain semua pakat tak mau dok kat sekolah tu... yang cikgu asyik dok suruh pindah... yang mak Ieyda tak bagi pindah...senang-senang Ieyda nak tukar sekolah masuk sekolah agama senang...

Ntah la tiba-tiba ja berminat nak masuk sekolah agama... keh3...
tapi tak berminat nak jadi ustazah....

k larh nnty Result kluar Ieyda update lagi kalu dapat elok la... kalu kurang elok Ieyda pkir dlu nk update ke tak... k bye....

✿ Haep Thanks coz sudi singgah sini and baca entry Ieyda ✿

Friday, December 16, 2011

Fever Again..


Hye ols... sory la Ieyda dah tak letakkan cerpen Puteri Pilihanku tu sebab Ieyda tak larat nak copy coz panjang sangat... ok.. hari nie tetiba ja demam.. bangun pagi tadi ok ja tapi lepas-lepas Ieyda baca paper smbil berjemur dgn panas pagi tetiba sakit kepala n tewus demam.. Hadui dah la dua minggu lepas dah demam dah... Pastu besok dh la nak kluar beli barang-barang nak kenduri.. kalu tak lega jugak alamatnya tak leh ikot la... wuaaaaa.....

korang macam mana sihat ker?? baru jer semalam kawan Ieyda tanya Ieyda sihat ke tak....n Ieyda jawab terlebih sihat tengok-tengok hari nie demam plak... nak makan pown tak lalu..tadi pown makan nasi setengah senduk nasi jewr.. tu pown sebab nak makan ubat....

k larh... ols... Ieyda dah tak larat nak taip....bye..:)

✿ Haep Thanks coz sudi singgah sini and baca entry Ieyda ✿

Wednesday, December 14, 2011

Lawak Bodoh- Robot Kesan Pembohongan


Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.

Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…


✿ Haep Thanks coz sudi singgah sini and baca entry Ieyda ✿

Monday, December 12, 2011

Terkecil Hati


Hye ols.... hurm hari ni mood Ieyda agak sensitif... sebab?? so many things make I angry and sad.... first.. dalam seminggu nie my Dad demam pastu Ieyda rasa dia mcm marahkan Ieyda ja... mungkin sebab Ieyda ada tegur dia sebab dia hisap rokok... mcm mna Ieyda tak tegur bayangkan dia demam pastu asyik batuk-batuk pastu boleh merungut pulak knapa tak baik-baik batuk tu... lepas ja hari tu Ieyda tengok dia mcm marah kan Ieyda ja... selalu kalau Ieyda buat apa-apa mesti dia tegur tapi skarang?? NO!!... ok menangis seketika...

Then hari ni pulak macam besa la dengan perangai dinginnya... ok la Ieyda paham... tapi tadi anak-anak Ieyda.. opss... anak-anak kucing Ieyda yang baru berumur 10 hari menangis coz Ibu dia tak dak... my kittens menangis kuat sangat masa tu my Dad baru ja mai tengok tv pastu dia kata buang anak kucing tu kat luar hingar... kalu letak kat luar kejap lagi bapak kucing mai alamatnya arwah la my kittens tu.... Ieyda memang selalu diam... tapi kali nie Ieyda diam n terasa sangat dengan kata-kat my dad.. memang korang rasa remeh je kan?? tapi kalau korang yang ada or lalui masa tu Ieyda rasa korang pon ikot terasa jugak....

ok larh Ieyda tak ambil hati pown dengan ayah Ieyda cuma terkecil hati ckit ja....keh3.....
ok larh stakata nie aje.... Ieyda luahkan perasaan... hurm besok jgn lupa taw... cerita lawak plak larh kali nie...

✿ Haep Thanks coz sudi singgah sini and baca entry Ieyda ✿

Thursday, December 8, 2011

Menempah Bilik Di Neraka Sebelum Mati


Hye semua... hari nie Ieyda nk kongsikan skit cerita pasal seorang perempuan yang biadab dan mempemainkan hukum hakam agama Islam...

Menurut majalah tersebut, pada hari kejadian, gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat itu menaiki sebuah mikrobas (bas mini) untuk menuju ke satu destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis, seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dlm lingkungan 20 tahun. Didalam bas itu ada seorang tua yg dipenuhi uban menegurnya, "Wahai pemudi,alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu. Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertepatan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang nakal dan mengejek. " Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka? " Setelah menghamburkan kata-kata yg sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.

" Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka Jahannam untukku " katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis itu. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perlakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam. Ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Lantas semua yang di dalam bas itu tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina agama dgn lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas itu pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu bas dan para penumpang yang lain mengejutkannya tetapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua yang menasihatinya tadi terus memeriksa nadi si gadis itu. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Para penumpang menjadi cemas dengan situasi yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang sedang aneh berlaku pada mayat gadis yang terbujur kaku di jalan raya itu. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan untuk menguruskan mayat itu.


p/s:SUBAHANALLAH....jaga lah tingkah laku anda ketika berada di tempat orang/ suci....




✿ Haep Thanks coz sudi singgah sini and baca entry Ieyda ✿

Wednesday, December 7, 2011

Cerita Seram Tandas Pejabat


Hye peeps.. harinie Ieyda nak kasi cerita hantu kat korang... nak jugak reaction korang lepas baca nie.... LAYAN....


Sebuah kisah benar yg terjadi dan tak dpt dilupakan oleh penulis sepanjang hidupnya!
Pesanannya, Hati2lah bila masok ka tandas dan pandang sekeliling dan baca doa masuk tandas supaya anda tidak mengalami apa yg beliau alami.

Malam itu, malam Jumaat. Kebanyakkan anggota polis dan penyiasat-penyiasat semua dah balik ke rumah, ada yang keluar makan, ada pulak yang sedang melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat disarangkan jenayah. Aku baru jer balik dari rumah mayat SGH utk mengenal pasti satu mayat yg menurut doktor rumah mayat, adalah Lim Ah Bee, seorang pemandu teksi, yang dilaporkan hilang 7 hari lepas. Memang betul tu lah dia, menurut gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya, yg melaporkan kehilangan Ah Bee kelmarin. Badanku berlengas peluh dan bau busuk dari bilik mayat.

Setibanya dipejabat, aku mencapai tuala dan sabun, menukar kasut, dan menuju ke arah bilik mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:20 malam. “Apa lah nasibku ini” aku mengeluh… Baru semalam shif pagi, dan hari ini hari cuti aku. Tapi terpaksa bekerja juga. Sgt Hilal terpaksa mengambil cuti tergempar kerana bapanya sakit teruk. Takpelah hari ni hari dia. Besok mungkin hari ku pulak. Sampai jer di bilik air, aku terus menuju ke kamar mandi. Seluruh bilik air tu kosong, sebab hanya 3 orang jer yg bertugas malam tu. Kedua-dua rakan sekerja yg bertugas keluar menghadiri kes. Aku pun melucutkan pakaianku, terus membuka air panas dan membiarkan air itu menbasahi seluruh rambut dan badanku…

Tiba-tiba, terdengar bunyi yang aneh, “Pssssttttt”
Mula mula, aku fikir salah seorang dari kedua rakanku itu dah balik ke stesyen dan ada di kamar mandi. Aku pun menjerit

“Bala, kau ke tu ?”tapi tak ada jawapan.

Aku pun sambung menggosok gosok sabun ke seluruh badanku. Kurang dari 3 minit kemudian, bunyi tu ada lagi…

“ Psssssssttttt”

Tetapi kini, diikuti dengan bau wangi, seperti bunga mawar. Dentuman hatiku terus pantas, dan perasaan takut menyelubungi ku. Aku pun bergegas mengosokan sabun yang masih ada di tubuhku, ambil tuala dan mengelap seluruh tubuh. Setelah menyarung seluar, aku mencapai baju dan terus membuka pintu…

Tiba-tiba, didepan muka ku, bunyi itu datang lagi, kini lebih kuat

“PSSSSTTTTTT” ……….. diiringi bau wangi yg menusuk hidungku…

Aku terpaku, tidak bergerak seketika… Lepas tu barulah aku pandang ke atas…..

***PERHATIAN!!!

Pada sesiapa yg lemah semangat, harap hentikan membaca sampai disini jer, kerana kejadian ini memang benar2 berlaku.

Sila scroll ke bawah…

> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>

> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>

> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>

Lalu aku tertawa sendiri…

“Cilaka punya perfume dispenser”


p/s: amacam seram tak??? Kahkahkah....

✿ Haep Thanks coz sudi singgah sini and baca entry Ieyda ✿

Tuesday, December 6, 2011

SWEET DREAMS


selamat pagi peeps.... wah xsabarnya nk cita.... asikk...... okkk... Ieyda nk cita la nie...
semalam Ieyda tidur 'agak' awal pastu Ieyda mimpi yang 'si dia' muncul dlm mimipi sebagai watak utama beb.. huh terbuai perasaan seketika... ya la... dia hero Ieyda heroin... tapi masa first tu dia cerita yang dia ada private problem... so Ieyda jadi prihatin la... pastu tiba-tiba ja dia hilang besa la mimpi tak penah nak tetap... tapi sampai satu mimpi nie Ieyda pi cari dia kat Masjid kot sebab Ieyda taksure tempat tu tapi tak jumpa.... tapi masa Ieyda balik baru ja nak rehat tiba-tiba ayah Ieyda panggil kata ada kawan mai umah cari Ieyda pastu Ieyda dengan malas keluar la... pastu Ieyda nampak uniform milik 'si dia' tersangkut kat pintu so hati nie terlonjak riang la... tapi bila Ieyda cari 'si dia' tak dak tiba-tiba 'si dia' tegur Ieyda dari belakang wah betapa indahnya....


Pastu 'si dia' ajak kluar... apa lagi bagai orang mengantuk sisorongkan bantal la....
pastu tewus lesap mimpi tu mai mimpi laen plak...
now Ieyda pown nak lesap gak larh... kye suma...
MUAHH!!

✿ Haep Thanks coz sudi singgah sini and baca entry Ieyda ✿

Monday, December 5, 2011

My news cat


selamat pagi semua...opss... silap lak... selamat tengah hari semua.......Ieyda bangun lama dah cuma baru skarang nak online... semalam kucing Ieyda selamat melahirkan tiga ekor anak kucing yg tak berapa cantik warna dia iaitu warna tompok tiga kaler iaitu kaler hitam,putih,oren... yg tompok tu ada dua ekor n yang sekor lagi betol-betol ikot mcm bapak dia iaitu warna hitam....
gambar diorang xupload lagi....

Malam semalam diaorang tidur ngan Ieyda tapi Ieyda tak tutp lampu la... tapi sampai pukul 4 pagi Ieyda bangun lpaskan ibu diaorang n tutup lampu....tapi dalam pukul 7 tu anak-anak kucing tu bunyi Ya Allah kuatnya suara depa... xpasal-pasal Ieyda lak yg kena jga diaorang... kalu Ieyda tak bawa masuk bilik semalam komfem la diaorang kna gigit nyamuk sbb smlm nyamuk bnyak...

Kesian pulak... tapi bila tngok keletah diaorang best pulak....bukan selalu bleh tngok anak kucing yg baru lahir... skarang kat rumah nie dah ada 9 ekor kucing... ada mcm-mcm gelaran kat diaorang... gedik, galak, gemok, lembik n mcm-mcm larh... tapi nma diaorang bkan sperti gelaran yg kami bg tu...

k larh Ieyda stop stakat sini ja....bye suma....

✿ Haep Thanks coz sudi singgah sini and baca entry Ieyda ✿

Sunday, December 4, 2011

Ceritera Ieyda


hai ols... sori la blog Ieyda dh buruk balik... 2 la gatai tangan sgat... keh3... xpa2... nnty Ieyda mntak tolong kawan Ieyda wt bg cantek balik...Ieyda nie kalu pasal blog mang K.O la bkn Ok.... hehehe... By the way serius Ieyda bosan skrang... demam dh lega tapi kilang pemperosesan mukus kt hidung nie blom bnkrap la....

nk cite nie... semlm Ieyda tngok Tv pastu budak tu kata dia sunyi sangat duduk kat rumah bila mak dgn ayah dia pergi keja... n tak taw larh touching kat mna tiba-tiba air mata Ieyda jatuh setitik demi setitik.. maybe Ieyda pown sama sunyi walaupon mak Ieyda tak keja... Ieyda nk duduk ngan kwn-kwn Ieyda...

Cuti-cuti gini kwn kat muka buku n bloggers nie ja yg jadi kwn Ieyda.... Ieyda nk kluar rumah pown mak Ieyda soal mcm-mcm so Ieyda mls la nk kluar....
kalu kat rumah yg jadi kwn Ieyda cuma Netbook ngan brodbnd nie n kucing-kucing Ieyda...
tapi ada sekor kucing Ieyda tu dia sakit... bila kitaorang lmbat bagi makan ja mesti perut dia masuk angin n last dia akan jalan mcm model...ala-ala 'catwalk' la...
kami bg mkn lmbat pown bkn sbb sja-sja tapi lauk tak dak...

Ieyda tak berani nk bg mkn freskis sbb kucing Ieyda penah mati dsbb kan makan frreskis... tapi Ieyda akan beli jugak tapi Ieyda akan kurangkan larh... n bila perlu ja....

Ni out of topic dh nie....
k larh Ieyda pown lpa Ieyda nk cita pa... by the way sory erk... cerita tunggang terbalik ckit, besa la lama xmasok skolah....

✿ Haep Thanks coz sudi singgah sini and baca entry Ieyda ✿

Friday, December 2, 2011

WELCOME DICEMBER...

Assalamualaikum n selamat sejahtera... hurm tahun nie Ieyda sambut Disember dengan keadaan kesihatan yg tak berapa sihat... ala musim hujan la kata kan... main hujan la tunggu apa lg.. pastu kna la demam+selsema+batuk... By the way I'm still happy... sebab bulan nie my brother nak naik pelamin lak... bulan lepas dia akad nikah... n bulan nie jugak result PMR akn kluar... nervousnya...mcm mna pown kna kuatkan hati la...

Bosan jugak cuti-cuti nie xtaw nk g mna... besa la my parents mesti la sibuk nk kenduri so tak dapat la nk bawak kami g bercuti... tapi Ieyda tak kisah... janji my parents happy... I love both of you...mom and dad... By the way Ieyda still boring and my cats la yg selalu temankan Ieyda... diaorang main ngan Ieyda... n bila diaorang lapar diaorang dtg manja-manja ngan Ieyda tapi bla kenyang diaorang cakar Ieyda... hipokrit pnya kucing.... kehkehkeh.....

Ieyda tak kisah pown.... mcm Ieyda ckap Ieyda nk mak ngan ayah Ieyda happy n tak nak menyusahkan diaorang.... k larh Ieyda dah tak dak idea nk taip....




✿ Haep Thanks coz sudi singgah sini and baca entry Ieyda ✿

Thursday, December 1, 2011

koleksi cerita lawak BODOH !!!!

seorang guru bersoaljawab dengan murid dalam mata pelajaran sains.tiba-tiba murid bertanya soalan kepada guru.

murid:banyak-banyak burung, burung apa yang badannya dikaki, kepalanya dikaki,sayapnya dikaki, kakinya pun dikaki?
guru:mana ada burung yang macam tu.
murid:ada cikgu..burung kena pijak..

*********************************************************************************

Disekitar awal tahun 90-an,daerah Setiu digemparkan dengan berita yang mengatakan orang meninggal, hidup balik.Untuk mendapatkan kepastian tersebut,wartawan Ahmad Naem telah menemu bual seorang penduduk kampung yang tinggal di daerah tersebut.

Ahmad :Assalamualaikum pak cik...
Pak cik :Waalaikumussalam cu..
Ahmad :Saya Ahmad Naem dari Edisi Sia Sia,ingin menemuramah pakcik mengenai berita yang mengatakan orng meninggal hidup balik..
Pak cik :Ooo...memang benar sekali cu...setelah orang meninggal tersebut dikebumikan,maka orang yang hidup, balik ke rumah la....tak gitu.???
Ahmad :????????????

**********************************************************************************

BANGLA

Bangla dan rakannya sedang berbual

Bangla : Esok saya nak balik bangladesh, isteri saya mengandung 3 bulan.
Rakan : Wah mesti awak gembira
Bangla : Sudah tentu, sudah 3 tahun saya tak balik!Rakan : ?????

**********************************************************************************

TEH

Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu.

Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda :! Bagi teh panas 1.Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.
Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.

********************************************************************************
penjual roti

Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak darimotor rotinya dan masuk ke dalamlongkang..Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan..Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya..dia terus merintih kesakitan.Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..

"Ada apa encik..? Ada apa ?"Dengan suara yang perlahan dan dengan merintihkesakitan.. penjual roti itu berkata,
"Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..."

✿ Haep Thanks coz sudi singgah sini and baca entry Ieyda ✿

DEMAM..:(

Assalamualaikum dan selamat petang... harinie dah nk dekat seminggu dh Ieyda 'demam' semua nya secukup rasa... batok ada selsema ada sakit pala ada... malahan ditambah lagi dengan satu perasa iaitu sakit dalam mulut... hurm.. dugaan waktu cuti agaknya... nasib lah result PMR lmbat lg nk kluar... xlmbat dh lah dlm 24 ari ja lagi... suspen+takowt+seronok=gementar...

disebab kan badan xbrapa nk sihat aktivit luar pown terpaksa ditunda... chewah mcm la padat sngat jadual Ieyda nie... nie pown dh tak larat nk bawak sapu tangan keliling rumah....

haisyyimmm....hah kan dh bersin.... mak Ieyda dah lega dh tapi Ieyda blom lagi maybe Antibodi Ieyda xkuat kowt...

tak pa larh Ieyda pown Dah xtak larat nk taip... bkan xlarat but no Idea...


p/s: jgn main ujan taw nnty jd mcm Ieyda...hehehe..:)

✿ Haep Thanks coz sudi singgah sini and baca entry Ieyda ✿

copyright: Hak milik Blog Syahida Razak